Monday, December 21, 2009
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431HIJRAH
Salam ukhuwah buat semua,
Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.
Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya
yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan
nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa
& raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari
Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru
sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara
terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah
sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari
kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan
dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran
Islam itu sendiri.
Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru masihi, kita sering
memperbaharui azam masing-masing. Apa kata kali ini azam yang
sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru hijrah ini. Malah
jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini pada tahun baru
hijrah, maka bolehlah kita memulakannya sekarang. Azam ini bolehlah
lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada
mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka
yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan
solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk
meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari
semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya
lebih baik dari hari-hari sebelumnya …inilah yang dituntut oleh Islam!!!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita.
Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh.
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita
menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Jelas Ibni Abbas lagi,
“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.
Doa itu bermaksud, ” Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.
Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment