peratus PAR terkini 30hb.September 2011 5.34 % sila klik PENCAPAIAN SEMASA....Pengarah dan seluruh warga kerja PKMB mengucapkan Selamat Datang kepada semua LPS ke Mesyuarat LPS PKMB di Hotel Cempaka Suite Menara PGRM,Cheras

Monday, August 16, 2010

Himpunan Hadis Ramadhan

1.Puasa Yang Berkat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Riwayat Ibnu Majah

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.




2. Sunat Berbuka Dengan Kurma

Hadith :

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.



(Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Huraian

1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.

4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.



3.Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Huraian

Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi Allah S.W.T. Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, membanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid. Selaku umat Islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam ini terutama malam ganjil adalah merupakan malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, August 3, 2010

Ahad, 2 hb Ogos 2010 Perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur Program e-Kasih anjuran Persatuan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dengan kerjasama DBKL,ICU-JPM,MAIWP,AIM telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar continue gallery


 Sabtu 31 Julai 2010, Dataran PPR Sri Perak, Sentul, Kuala Lumpur berlangsungnya satu Karnival Usahawan Peringkat Blok Sentul berita selanjutnya galeri


Taman Koperasi Polis,Gombak 8 Jun 2010 malam khamis berlangsungnya satu program anjuran Pusat Radhatul Sakinah cawangan PKMB Gombak kerjasama Persatuan Penduduk Koperasi Polis mengadakan sambutan Hari Ibu 2010.... berita selanjutnya Galeri

PKMB telah menerima lawatan daripada Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kabinet bagi mengenal pasti dan memantau penyertaan masyarakat India dalam program dan projek-projek kerajaan berita selanjutnya  Galeri

Sunday, July 18, 2010

berita....

10hb.Julai 2010, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang AIM 2010 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di A Famosa Resort,Alor Gajah,Melaka.Kakitangan Program Kewangan Mikro Bandar juga terlibat dalam AKC kali ini.Antara anugerah yg digondol PKMB ialah Anugerah Kakitangan Cemerlang ,Anugerah 10 tahun,Anugerah 20 tahun,Cawangan Zero PAR dan  Cawangan Terbaik PKMB......Tahniah kepada semua kakitangan PKMB yang menerima anugerah tersebut.
berita penuh  Galeri

Tuesday, June 8, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

• Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

• Aku melihat cahaya dari lidahnya.

• Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

• Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

• Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

• Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

• Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

• Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

• Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

• Wajahnya seperti bulan purnama.

• Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

• Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

• Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

• Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

• Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

• Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

• Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

• Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

• Janggutnya penuh dan tebal menawan.

• Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

• Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

• Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

• Rambutnya sedikit ikal.

• Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

• Rambutnya terbelah di tengah.

• Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

• Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

• Seimbang antara kedua bahunya.

• Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..

• Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

• Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

• Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

• Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

• Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

• Warna putihnya lebih banyak.

• Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

• Warna kulitnya putih tapi sihat.

• Kulitnya putih lagi bercahaya.

• Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

• Badannya tidak gemuk.

• Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

• Perutnya tidak buncit.

• Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Tuesday, February 9, 2010

Petua Khusyuk Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. ” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah..

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Haram hukumnya.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Friday, January 29, 2010

Gerak Jari Boleh Menyingkap Rahsia Diri Anda

Percayakah anda bahawa setiap tindakan dan segala gerak badan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak mempamerkan perangai dan sikap kita. Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pergerakan tangan dan apakah yang boleh kita ramal tentang perangai dan sikap si pelakunya.

Memicit atau memegang hidung

• Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.

• Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

• Suka ikut kepala sendiri.

• Pentingkan diri sendiri.

• Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

Bermain dgn tangannya

• Mempunyai tahap humor yang tinggi.

• Pandai berjenaka.

• Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.

• Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya

• Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.

• Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku

• Gugup dan gementar bila berbicara.

• Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

• Suka berkhayal.

• Sukar diperdayakan.

• Keras kepala.

Menongkat dagu

• Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.

• Suka mendengar masalah teman2.

• Setia dlm persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

• Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.

• Peramah.

• Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

• Ramah dan berfikiran matang.

• Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.

• Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.

Memutar cincin

• Sangat menepati janji.

• Berhati2 dlm tutur kata.

• Gemar hidup yang teratur.

Tuesday, January 26, 2010

10 Cara Menangani STRESS

Salam ceria untuk semua..
Setiap orang pasti akan stress..tidak kiralah seseorang itu memiliki kerjaya perofisional sekalipun, pekerja kilang, suri rumahtangga dan sebagainya masing -masing mungkin mengalami stress dengan sesuatu atau seseorang..



aduh, tensen nyee...

Kadang -kadang saya pun tak tahu nak bagi nasihat macam mana lagi jika kawan-kawan selalu tanya macam mana nak kurangkan stress??..

Disini saya kongsikan bersama-sama anda cara untuk menangani stress atau tekanan.

1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.

5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

10. Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..

Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress…

Ceria2 selalu…

Friday, January 22, 2010

Cara betul memberi salam

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;

Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…

Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”

dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Wednesday, January 13, 2010

BERITA PKMB 2010

                                      
Pencapaian Semasa PKMB 2009 lagi  berita selanjutnya.


11hb.Disember 2009 Seri Cempaka Service Suites Cheras berlangsungnya Bengkel HR,PKMB Wilayah Kuala Lumpur.Berita Galeri



Friday, January 8, 2010

Panduan menghadapi kesulitan

Anda selalu bersedih? Tertekan? Tidak gembira? Tidak ceria? Baca dan hayatilah kisah ‘Seorang guru sufi dan anak muridnya‘ di bawah ini. Semoga kisah ini memberikan motivasi dan semangat kepada anda dalam mengharungi segala permasalahan yang menimpa dalam hidup anda.

Seorang guru sufi berbicara dengan anak muridnya yang sedang dirundum kegelisahan. Anak muridnya itu selalu nampak kusut dan tidak ceria. Lantas guru sufi itu bertanya kepada muridnya ;
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah2 dan menggembirakan di dunia ini? Ke mana perginya wajahmu yang ceria? Tidahkah kamu seorang yang bersyukur?” sang guru bertanya.
“Syeikh, kebelakangan ini hidup saya penuh rintangan dan masalah. Amat sukar bagi saya untuk tersenyum seperti selalu. Masalah yang menimpa saya bertindan-tindan, lepas satu, satu masalah yang timbul.” jawab sang murid.
Sang guru tersenyum. “Nak, ambilkan segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kepadaku. Biar aku cuba tolong kamu menyelesaikan kekusutan hatimu.”
Si murid pun pergi mendapatkan segelas air dan 2 genggam garam seperti yang dikehendaki gurunya, lalu kembali semula kepada gurunya dengan membawa segelas air dan garam sebagaimana yang diminta.
“Sekarang, ambil lah segenggam garam itu, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang guru, “setelah kamu masukkan garam itu, kacau dan kamu minum airnya.”
Si murid tadi lantas mengikut segala apa yang dikatakan oleh gurunya dengan harapan masalahnya akan selesai. Wajahnya menjadi berkerut sekali menahan kemasinan air garam yang diminumnya.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“Sangat masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut.
Sang Guru tersenyum lagi melihat wajah muridnya yang mengerut kemasinan.
“Sekarang kamu ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke sebuah denai sungai yang berdekatan dengan tempat mereka berbual. “Ambil lah segenggam lagi garam yang kamu ambil tadi, kemudian cuba kamu lemparkan ke dalam denai sungai ini.

Si murid mengikut arahan gurunya dengan patuh, lantas menaburkan baki segenggam garam yang ada masuk ke dalam denai sungai. Rasa masin yang terlekat di mulutnya lantaran minum air garam tadi masih belum hilang. Dia rasa ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya itu, tapi tak dapat dilakukannya lantaran rasanya rasa hormatnya pada gurunya. Ia adalah amat tidak sopan meludah di hadapan guru dan mursyid, begitulah fikirannya.
“Baik sekarang, cuba kamu minum air denai sungai ini.” kata Sang Guru sambil mengarahkan muridnya agar mencari batu yang rata di tepi denai untuk menceduk air dari dalamnya.
Si murid menangkupkan kedua belah tapak tangannya, lantas menceduk air denai sungai itu menggunakan kedua belah tangannya itu. Murid itu kemudian meneguk air yang diceduknya dari denai tersebut. Tatkala air denai yang sejuk dan segar mengalir masuk ke kerongkongnya, Sang Guru pun bertanya kepadanya, “Bagaimanakah rasanya?”
“Amat sejuk dan segar sekali, yaa syeikh” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan belakang tangannya.
Memanglah sejuk dan segar, denai sungai ini berasal dari aliran sumber air dari atas kawasan gunung. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Maka sudah pasti, air denai itu begitu segar dan dapat menghilangkan rasa masin yang melekat di mulut murid itu.
“Adakah kamu dapat rasa masin garam yang kamu taburkan tadi?”
“Eh ha’ah la, tidak rasa masin langsung,” kata si murid sambil mengambil air dan cuba merasinya sekali lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikan gelagat anak muridnya itu.
“Nak,” kata Sang Guru setelah beberapa ketika. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang dan tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kamu alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini sudah ditetapkan ujian dan dugaan yang sedemikian. Tidak ada seorang pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari ujian penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, termanggu mendengar kata-kata gurunya.
“Tapi wahai anakku, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu adalah sangat tergantung dari besar mana hati atau qolbu yang menampungnya. Jadi anakku, untuk tidak merasa derita dan bermurung durja, janganlah kecilkan hati dan jiwamu jadi seperti segelas air itu. Sebaliknya besarkan hati dan jiwamu menjadi seperti denai sungai yang mengalir.”
Tamat cerita.
Pengajaran : Tidak guna kita terlalu bimbang dan khuatir tentang masa depan yang belum kita ketahui. Sebaliknya adalah lebih baik kita menumpukan perhatian kita kepada apa yang berlaku ketika ini. Hadapilah segala dugaan dan rintangan dengan tabah dan tenang. Dunia ini dunia ujian. Allah hanya mahu melihat sejauh mana hambaNya dapat taat segala perintahNya dalam apa jua keadaan dan situasi.
REDHA & SABAR lah dalam menghadapi sebarang rintangan! Selamat berjuang

Monday, January 4, 2010

Rahsia Tarian Poco-poco


Makcik pun menari poco-poco
Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.
Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.
Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.
Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.
Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.
Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2009). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?
Percayakah anda jika saya katakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.
Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.
Sama-sama kita bermuhasabah.
Akhir kata Selamat Tahun Baru 2010. Kullu Sanah Wentum Toyyibiin wa Kullu ‘Aamin Wentum Bikhairin.

Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2010.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.

Saturday, January 2, 2010

Muhasabah diri sempena Tahun Baru 2010

Ini ada satu artikel tulisan Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, dari IKIM mengenai sambutan tahun baru masihi. Bacalah semoga dapat ambil pengajaran daripadanya.

Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak
SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.
Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.
Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.
Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.
Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).
Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.
Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.
Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.
Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).
Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.
Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.
Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.
Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.
Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.
Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.
Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”
Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.
Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.
Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.
Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.
Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.
Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.
Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.
Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.
Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.
Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.
Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.
Sumber artikel : IKIM
banner 516×75