peratus PAR terkini 30hb.September 2011 5.34 % sila klik PENCAPAIAN SEMASA....Pengarah dan seluruh warga kerja PKMB mengucapkan Selamat Datang kepada semua LPS ke Mesyuarat LPS PKMB di Hotel Cempaka Suite Menara PGRM,Cheras

Tuesday, December 22, 2009

Macam Mana Nak Tahu Perangai Kawan Kita?


Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

Sebenarnya abah saya yang ajar cara ni kepada adik-beradik saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan2 saya.
Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?
Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.
Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO yer…hehe).
Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….
Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :
1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur
Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.
Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.
Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka?

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.
Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.
Jawapan No1. : Di Tepi Sungai
Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.
Jawapan No2. : Di Halaman Rumah
Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.
Jawapan No3. : Di Tepi/Tengah Padang
Maaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.
Jawapan No4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur
Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.
Sekian. Itulah apa yang diajar oleh abah saya tentang penerangan disebalik pilihan lokasi pokok kelapa ini. Setakat ini saya dah tanya soalan ini kepada berpuluh2 orang kawan saya. Dan majoriti memang mengena. Anda bagaimana?
Apa kata anda cuba praktikkan cara yang saya ajar ini kepada kawan2 anda. Anda cuba tanya dan nilai sendiri jawapan yang diberikan oleh kawan2 anda. Adakah mengena dengan perangai dan sikapnya? Renung-renungkan dan Cubalah….

No comments:

Post a Comment

banner 516×75