peratus PAR terkini 30hb.September 2011 5.34 % sila klik PENCAPAIAN SEMASA....Pengarah dan seluruh warga kerja PKMB mengucapkan Selamat Datang kepada semua LPS ke Mesyuarat LPS PKMB di Hotel Cempaka Suite Menara PGRM,Cheras

Sunday, January 9, 2011

Nisbah Jantina di Malaysia

PUTRAJAYA, 22 Dis - Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk,


dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut

laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.



Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154

orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed

Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari

ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan

Ramlah Wan Abdul Raof.



Beliau berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000

hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga

2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat

6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.



Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang

berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara.



Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Doa Malaikat utk orang ini..

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah


hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan

perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.



Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di

belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada

orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati

kerana takut kepada-Nya”

*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)



Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:



1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.



Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci,

maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan

bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan

kerana tidur dalam keadaan suci‘”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib

wat Tarhib I/37)



2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW

bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu

solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan

mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”

* (Sahih Muslim no. 469)



3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.



Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa

Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para

malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf

terhadapan”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)



4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).



Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al

Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada

orang-orang yang menyambung saf-saf”

*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib

wat Tarhib I/272)



5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.



Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW

bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim

waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana

barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia

akan diampuni dosanya yang lalu”

*(Sahih Bukhari no. 782)



6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.



Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW

bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di

antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan

solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya

Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”

*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
banner 516×75