Assalamualaikum
PKMB Induk telah memperkenalkan blog ini memudahkan penyampaian maklumat dan sebagai ruangan untuk berkomunikasi. Malah mungkin akan digunakan sebagai saluran untuk menghebahkan perkara-perkara untuk tindakan semua kakitangan PKMB. saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menggunakan blog ini secara positif.
Terima kasih atas usaha anda semua untuk pencapaian PKMB 2009, pencapaian separuh tahun pertama 2009, telah memberi pengajaran kepada kita semua bahawasanya sesuatu yang negatif pasti berlaku seandainya kita hilang fokus. Oleh itu pada separuh tahun kedua ini, berikan lebih tumpuan anda kepada matlamat FAST TRACK PKMB, pencapaian sahabat dan pengeluaran pembiayaan sekali ganda daripada yang lepas.
Tahniah kepada PKMB Shah Alam dan Selayang kerana telah mencapai sahabat melebihi 1000 sepanjang tempoh 6 bulan pertama 2009.
Kepada 4 orang Pembantu Amanah yang begitu tinggi pencapaian sahabat iaitu :-
1. Fazlina Mat Desa (329) Kota Bharu
2. Zalina Baharom (250) Ampang
3. Rosli Mohd Yusob (240) Puchong
4. Mohd Kamil Zainol Abidin (214) Shah Alam
Tahniah kepada anda semua, anda telah buktikan bahawa sekiranya kita yakin kita boleh lakukan. Kita boleh berubah seandainya kita ubah cara kita berfikir.
Terima kasih kepada semua kakitangan PKMB atas sumbangan bermakna anda.
Sekian.
Wednesday, July 29, 2009
Wednesday, July 22, 2009
Kemudahan Chatting unt semua staff caw/induk PKMB
1.Pihak blogger juga telah mengadakan ruangan chat room kpd semua staff pkmb atau visitor blog unt membolehkan mereka menjimatkan kos unt sms.semjua staff dijemput chatting di blog.semua Staff dinasihatkan menggunakan kata2 yg sopan dan tidak menjadikan ruangan chatting ini sbg medan unt melepaskan geram.Harap Maklum.
Pengumuman Kpd Semua Pelawat Blog PKMB
Pihak blogger sedang dlm proses membangunkan blog.Sehubungan itu sebarang cadangan dan komen diperlukan drp semua kakitangan.Sila hantar komen anda ke pkmbinduk@gmail.com atau pkmb@aim.gov.my .Kakitangan juga boleh menggunakan Rangkaian PKMB sebelah kanan blog untuk login mana2 laman web pilihan anda yang telah disediakan oleh blogger.Mana2 caw/kakitangan yg ingin mengirimkan berita sila hantar melalui skype.Sekian terima kasih.
Pelancaran Blog unt semua warga kerja PKMB
Pihak blogger sedang menyiapkan bahan unt blog PKMB wil KL.memandangkan blog pkmb dlm proses pembinaan pihak blogger berharap semua staff dpt memberikan komen atau idea dlm usaha memajukan blog dan juga pkmb sendiri.Di blog ini juga disediakan pelbagai kemudahan kpd warga kerja PKMB unt mendapatkan maklumat terkini dan sensasi.Pencapaian staff dan caw juga akan diupload ke blog.Jutaan terima kasih kpd Tuan Pengarah PKMB diatas ilham beliau untuk melahirkan blog unt warga pkmb.Dengan adanya blog ini diharapkan dpt membantu mencapai sasaran yg telah ditetapkan.insya allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)